Awak, saya sayang sangat kat awak. Saya impikan pelbagai impian yang indah-indah belaka dengan awak. Waktu awak cakap awak cintakan saya, saya rasa macam tak caya. Saya rasa saya beruntung sangat sebab awak jatuh cinta dengan saya. Saya terlalu banyak kelemahan jika nak di bandingkan dengan wanita-wanita lain. Ntah la. Walaupun dah berkali-kali awak tegaskan awak memilih saya kerana saya sangat istimewa di mata awak, namun saya tetap rasa kerdil jika nak dibandingkan dengan awak. Mana taknya, awak sangat popular kat tempat awak belajar. Melalui kenalan saya yang belajar satu universiti dengan awak, awak ramai sangat peminat. Awak seorang yang baik dan mudah mesra dengan sesiapa pun. Tak hairanlah kalau awak menjadi pujaan pelajar-pelajar perempuan kat universiti termasuk kat universiti saya sekali. Awak ingat tak masa awak datang kat universiti saya untuk menyertai pertandingan pidato, cukup ramai pelajar-pelajar perempuan dari pelbagai universiti cuba menarik perhatian awak. Tapi saya tengok awak tak cuba mengambil kesempatan pun. Awak Cuma tersenyum bila kawan-kawan awak usik awak. Time tu terserlah lesung pipit awak kat pipi kiri awak. Awak nampak sweet sangat. Selama tiga hari awak kat universiti saya, saya Cuma pandang awak dari jauh je. Nak tegur saya malu. Apa yang paling buat saya makin jatuh cinta dengan awk ialah kemerduan suara awak masa awak melaungkan azan. Sungguh... saya benar-benar jatuh cinta dengan alunan azan yang awak laungkan. Rasa syahdu sangat sampai bergenang air mata saya time tu. Saat tu hati saya mula membisikkan sesuatu. Saya benar-benar dah jatuh cinta dengan awak. Saya ingat lagi peristiwa yang membuatkan mimpi saya menjadi kenyataan. Awak ingat tak hari terakhir awak kat universiti tempat saya belajar? Lepas solat subuh kat masjid saya cepat-cepat bergegas nak balik asrama saya sebab subuh tu nampak macam nak hujan. Saya tak bawa payung, jadi saya kena cepat-cepat balik bilik. Tapi, belum pun setengah perjalanan saya, hujan turun lebat sangat, siap dengan angin yang kencang, guruh dan kilat lagi. Saya dah tak tentu arah time tu sebab saya takut sangat dengan bunyi guruh. Lagipun saya sedang jalan kat kawasan padang rumput, jadi saya tak dapat berteduh kat mana-mana. Dari jauh saya nampak pondok rehat kat tepi pokok rambutan yang selalu saya lepak time petang. Saya cepatkan langkah saya sebab nk cepat-cepat sampai kat situ. Kalau boleh saya nak berteduh kat situ sampai baju saya kering. Tiba-tiba saya tersepak batu dan jatuh. Lutut dan tapak tangan saya luka sebab terkena batu yang tajam kat tepi padang tu. Saya bangun dan teruskan langkah kat pondok tu. Sampai kat pondok tu saya nangis teresak-esak sebab saya takut bunyi guruh. Lagipun lutut dan tapak tangan saya sakit sangat sebab luka. Bayangkan saya duduk sorang2 kat pondok tu. Dah la cuaca masih gelap. Saya takut sangat-sangat. Tiba-tiba saya dengar suara orang tegur saya. Bila saya toleh belakang, rupa-rupanya awak. Saya rasa malu sangat time tu. Saya kesat airmata saya cepat-cepat. Dari ekor mata saya, saya nampak awak tersenyum. Dalam hati saya mula terfikir macam-macam. Adakah awak akan anggap saya macam budak-budak sebab nangis? Saya termalu sendiri. Kemudian saya tengok awak seluk poket seluar awak. Awak keluarkan sapu tangan awak dan awak bagi kat saya. Awak suruh saya lap luka saya yang berdarah tu. Tak cukup dengan tu, awak bukak sweater yang awak pakai dan bagi kat saya. Baju saya yang basah menyebabkan bentuk tubuh saya terpamer. Jadi saya cepat-cepat pakai sweater awak. Awak memang seorang yang baik. Saya bersyukur sebab awak ada kt situ waktu tu. Sekurang-kurangnya saya tak rasa takut sangat. Lepas saya dah bersihkan luka saya awak mula sembang dngan saya. Mula-mula awak tanya nama saya, lepas tu latar belakang saya, lepas tu tentang kos yang saya ambil kat universiti dan kemudian kita sembang tentang isu-isu semasa. Dalam diam saya gembira sangat sebab saya tau macam-macam tentang awak. Setiap patah ayat yang awak bagi tau saya seolah-olah melekat dalam kotak fikiran saya. Rupanya, awak anak tunggal tapi awak ada adik beradik tiri. Awak berasal dari pantai timur. Ibu bapa awak dah bercerai dan awak tinggal dengan ibu awak yang bekerja sebagai seorang guru besar di sana. Saya dapat rasakan awak sedih bila awak mula berbicara tentang keluarga awak. Walaupun saya bukan dibesarkan dalam keluarga yang berpecah belah, tapi saya faham perasaan awak. Bila hujan dah berhenti, saya cepat-cepat nak minta diri sebab saya ada hal. Saya serba salah nak bagi balik sweater dan sapu tangan awak.Mana tidaknya, sweater awak dh basah dan saputangan awak dah kotor dengan darah. Bila saya tanya kat awak, awak terus tersenyum. Awak suruh saya guna sweater tu untuk balik dan pulangkan kat awak balik suatu hari nanti. Awak minta nombor telefon saya sebab awak cakap awak nak pastikan saya pulangkan sweater adidas awak yang mahal tu. Saya tersenyum mendengar kata-kata awak. Selang dua hari lepas kejadian tu saya terima panggilan telefon dari awak. Saya gembira sangat2. Sejak tu kita start saling berhubung. Kalau sehari saya tak dapat mesej dari awak saya rasa gelisah semacam ja. Saya suka dengan perwatakan awak. Awak nampak matang sangat. Perbezaan umur kita Cuma setahun ja. Tapi saya rasa macam 10 tahun sebab awak matang sangat. Mungkin sebab awak anak tunggal. Jadi awak mesti berdikari untuk menjaga umi awak selepas ayah awak tinggalkan umi awak. Lepas sebulan kita kenal, awak bagi tahu saya awak sukakan saya. Terkejut saya. Saya tak sangka awak pun sukakan saya. Saya memang sukakan awak. Tapi saya takut nak terima awak time tu. Saya takutkan risiko kalau saya kehilangan awak sebab saya terlalu sayangkan awak. Lepas awk yakinkan saya, saya terus terima awak. Saya cintakan awak. Hari-hari yang saya lalui indah sangat dengan adanya awak kat sisi saya. Saya ingat lagi kata-kata awak. Awak cakap awak mahukan anak yang ramai bila kita kahwin nanti. Kemudian saya bagi tau awak yang saya harapkan anak sulung kita adalah lelaki. Saya mahukan anak lelaki sebab saya harap bila awak tak dapat imamkan solat, anak lelaki kita dapat gantikan awak. Saya juga berharap apabila saya mninggal dunia kelak, anak lelaki kita juga yang akan mengimamkan jenazah saya. Awak cakap awak nak letak nama Mustaqeem kat anak lelaki kita. Bila kita bincang2 balik, kita pilih nama Ammar Mustaqeem jika anak kita adalah lelaki dan Amna Az-Zahra jika anak kita perempuan. Awak memang seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Awak tak pernah tinggikan suara kat saya sepanjang perhubungan kita. Awak terlalu mengambil berat akan diri saya. Saya gembira sangat sebab awak layan saya macam seorang puteri. Dalam hati saya, saya bertekad nak belajar rajin-rajin dan cari kerja secepat mungkin. Lepas tu saya nak kahwin dengan awak. Namun, saya Cuma merancang tapi Tuhan yang menentukan. Tiba-tiba awak mula berubah sikap. Awak tak lagi macam dulu. Awak mula mengabaikan saya. Bila saya tanya awak cakap awak sibuk dengan assignment. Kadang2 awak sengaja off handphone awak bila saya kol. Saya buntu dengan perubahan sikap awak. Saya cuba selidik diri saya kalau2 saya ada buat salah. Akhir sekali saya nekad untuk pergi berjumpa awak kat universiti awak. Empat jam perjalanan menaiki bas terasa lambat sangat. Saya sengaja tak bagi tau awak sebab saya nak bagi kejutan kat awak. Sampai kat universiti tempat awak belajar saya terus pergi kat asrama awak. Tapi kawan awak cakap awak dah keluar. Saya tunggu awak kat kafe selama dua jam. Bila saya dah nekad nak balik, saya nampak kereta awak masuk kat perkarangan asrama. Hati saya kembali berbunga. Saya terus menuju ke arah kereta awak.awak....!!!! Alangkah remuknya hati saya bila saya tengok awak bersama wanita lain. Awak terkejut dengan kedatangan saya. Awak langsung tak pandang muka saya. Time tu saya rasa bodoh sangat sebab percayakan awak. Airmata saya mula gugur satu persatu walaupun saya bisikkan pada hati saya supaya bersabar. Hati saya bertambah remuk bila wanita yang berada di sisi awak menggelar saya perempuan yang tak tahu malu kerana cuba merampas awak. Bila dia lihat awak berdiam diri, dia semakin giat menghina saya. Awak, apa dosa saya? Kenapa awak diam ja saat dia mencarik-carik maruah saya? Lepas tu saya terus ambil bas dan balik ke kampus saya. Airmata saya tak henti-henti mengalir kerana awak. Saya rasa sedih sangat2. Saat tu semua impian yang saya tanamkan bersama-sama awak mula berlegar-legar dalam kotak fikiran saya. Semakin saya tepis, semakin kuat ingatan saya terhadap awak bertandang. Sepanjang perjalanan saya Cuma mampu menangis. Saya dah tak kisah dengan pandangan orang yag berada di sebelah saya. Yang saya tahu, saya sangat2 kecewa dengan awak. Sampai kampus saya terus menuju kat bilik saya. Saya menangis puas2. Roomate saya Eton tak putus2 memberikan semangat kat saya. Saya dah tak boleh fikir time tu. Hati saya sakit sangat. Saya rasa menyesal sebab jatuh cinta. Kalau saya tahu macam ni rasanya putus cinta, saya tak akan terima cinta awak. Apa yang lebih menyakitkan awak tak hubungi saya langsung. Awak memang dah buang saya jauh-jauh dari hidup awak. Akhirnya saya tertidur bertemankan airmata. Esoknya, saya demam teruk. Saya tak mampu nak bangun langsung. Airmata saya pula terlalu murah time tu. Saya cuba kuatkan diri saya untuk teruskan perjuangan saya menuntut ilmu, tapi saya tak mampu. Saya asyik ingatkan awak. Selama seminggu saya demam. Suatu hari saya dapat panggilan telefon dari rumah. Kakak saya suruh saya balik kampung. Rupa-rupanya mama saya sakit kuat. Semangat saya makin lemah. Saya di uji lagi. Dalam hati saya nekad akan lupakan awak dan akan bersemangat belajar kalau mama sembuh dari sakit. Alhamdulillah..mama selamat menjalani pembedahan dan semakin pulih. Akhirnya saya nekad melupakan awak. Peristiwa saya nyaris kehilangan mama menyebabkan saya semakin kuat untuk menempuhi hidup ni. Saya buang segala barang pemberian awak dan tukar nombor telefon saya. Saya benar-benar nak keluar dari bayangan awak. Alhamdulillah.. Saya tempuhi hari2 mendatang dengan cekal walaupun tanpa awak. Saya tak sangka saya mampu menjadi seorang wanita yang setabah ini. Mungkin awak tak akan percaya saya mampu tersenyum, ketawa dan gembira selepas awak remukkan hati saya. Matlamat saya Cuma satu. Saya nak capai impian saya iaitu menggenggam segulung ijazah. Selepas 5 bulan tanpa khabar, awak tiba-tiba muncul kat asrama saya. Awak cakap awak nak kita jadi macam dulu balik. Awak cakap awak cintakan saya. Awak cakap awak nyesal tinggalkan saya kerana wanita lain. Tapi jawapan saya tetap sama. Saya tak akan terima awak selepas apa yang awak dah lakukan kat saya. Kemudian saya bangun dari kerusi dan terus pergi tanpa menoleh kat awak walaupun berkali-kali awak panggil saya. Saya tak akan percaya lagi dengan kata-kata awak. Sejak hari tu awak selalu hubungi saya. Namun saya tak pernah angkat telefon bila awak telefon saya. Hujung2 minggu awak selalu datang kat kampus saya tapi saya tak pernah keluar untuk jumpa awak. Saya pelik sangat tengok awak. Awak tak jemu ka??? Saya dah berkali-kali cakap yang saya tak akan terima awak kembali, tapi awak tak pernah putus asa. Saya rimas dengan awak. Suatu hari saya nekad nak berhadapan dengan awak. Saya ingat lagi reaksi muka awak saat saya cakap saya bencikan awak sepenuh hati saya dan saya tak akan terima awak kembali dalam hidup saya. Selama ni saya tak pernah cakap saya bencikan awak. Tapi hari tu saya bertekad untuk luahkannya agar awak faham saya memang bencikan awak. Sejak tu awak dah tak ganggu saya lagi. Saya gembira sangat kerana akhirnya awak sedar saya memang bencikan awak. Suatu hari mama telefon saya dari kampung. Mama cakap ada orang merisik saya. Saya tanya pendapat mama. Mama cakap mama memang tertarik dengan lelaki yang mahukan saya menjadi suri hidupnya. Saya Cuma terdiam. Akhirnya saya minta masa tiga hari untuk memberi jawapan kepada mama. Selepas istikharah dan memohon petunjuk dari Allah saya nekad menelefon mama. Saya serahkan masa depan saya di tangan mama. Saya terima apa sahaja keputusan mama. Genap sebulan, mama cakap saya perlu balik ke kampung kerana pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang ke rumah saya. Saya tak tahu apa perasaan saya. Yang pasti saya nekad untuk menjadi isteri yang menyenangkan bakal suami saya. Saya agak gementar kerana saya tak pernah melihat bakal tunang saya. Apabila jari saya disarungkan cincin yang bertatahkan permata, saya mula rasa sebak. Saya sudah sah menjadi tunangan orang dalam usia 21 tahun. Wanita yang menyarungkan cincin ke jari saya tak putus2 mencium pipi saya. Dia membahasakan dirinya umi kepada saya. Melalui mama, tahulah saya bahawa umi merupakan ibu kepada tunang saya. Saya tercari-cari lelaki yang menjadi tunangan saya, namun saya hampa kerana dia tidak hadir pada hari tersebut kerana ada urusan. Tapi mama ada mengatakan gambar tunang saya ada di dalam laci bilik saya. Mama menetapkan dua tahun sebagai tempoh pertunangan kami kerana mama mahu saya tamat belajar sebelum mendirikan rumah tangga. Lagipun, kata mama tunang saya masih lagi belajar. Saya hanya mengangguk taktala mendengar perancangan mama. Tetapi, selepas empat bulan pertunangan saya mama menggesa saya untuk berkahwin. Kata mama, sebelum mama pergi mengerjakan haji, mama ingin melihat saya mendirikan rumah tangga. Mama memang pandai melembutkan hati saya. Seperti biasa saya serahkan semua keputusan di tangan mama. Mama lah orang yang paling sibuk waktu tu. Segala persiapan saya serahkan pada mama.. Seminggu sebelum majlis perkahwinan saya, saya pulang ke kampung. Tapi, waktu saya sampai di halaman rumah saya nampak kereta awak berada di depan tangga rumah saya. Saya panik sangat. Saya takut awak merosakkan majlis perkahwinan saya. Bila saya masuk ke dalam rumah saya lihat mama berbual mesra dengan awak. Saat mama cakap awak adalah bakal suami saya, saya terus lari keluar rumah. Saya menangis kat tepi pokok jambu air rumah saya. Saya menyesal sebab tak teliti semasa mama suarakan hasratnya untuk menerima pinangan awak.Saya menangis sepuas-puasnya. Kemudian saya lap airmata saya bila saya sedar awak duduk di sebelah saya. Saya minta awak batalkan perkahwinan kita, tapi awak cakap awak terlalu sayangkan saya. Sampai hati awak. Awak gunakan mama untuk melembutkan hati saya. Memang...Mama terlalu gembira dengan perkahwinan saya. Saya tak sampai hati nak hancurkan kegembiraan mama. Saya terpaksa akur dengan takdir yang menimpa saya. Menjelang hari perkahwinn kita, saya masih seperti dulu. Saya tak dapat terima awak. Saya terpaksa kerana saya sayangkan mama. Saat awak melafazkan akad, airmata saya mula bergenang. Bila saya sah menjadi isteri awak, airmata saya gugur satu persatu dan semakin lama semakin lebat. Ini bukan airmata bahagia tapi ini airmata duka. Saya semakin takut untuk memikirkan hari2 yang bakal mendatang. Saya takut.. kemudian awak masuk ke dalam kamar saya sewaktu upacara pembatalan air sembahyang. Teguran mama membuatkan saya sedar dari lamunan saya. Saya salam tangan awak, saya cium tangan awak. Lepas tu, awak kucup dahi saya. Belum sempat saya tundukkan wajah saya awak lap air mata saya yang masih bersisa di pipi saya. Saya Cuma terdiam walaupun hati saya memberontak. Kehadiran mama dan kawan2 saya dalam kamar tu menyebabkan saya tak mampu bersuara. Saya Cuma ikut segala arahan-arahan mereka sewaktu bergambar. Saya dapat rasakan betapa palsunya senyuman saya ketika itu. Saya geram sangat bila awak peluk saya,saya marah sangat bila awak sentuh saya dan saya benci sangat bila awak ketawa mendengar usikan kawan2 saya. Malam tu lepas habis solat isyak berjemaah di ruang tamu, saya termenung di dapur. Saya tengok awak rancak berbual dengan abang2 saya. Time tu fikiran saya kosong sangat2. Saya alihkan pandangan saya pada peti televisyen apabila saya sedar awak curi-curi memandang wajah saya. Saya betulkan tudung yang melekap di atas kepala saya. Tepat pukul 11 malam, mama datang ke dapur. Semua orang nampak mengantuk dan mula masuk ke bilik masing2. Mama pesan pada saya yang awak minta saya bawakan air kosong kat awak. Saya tuangkan air dan bawa ke ruang hadapan, tapi awak tak ada di sana. Bila saya tanyakan pada mama, rupa-rupanya awak tunggu saya di dalam bilik. Saya melangkah ke dalam bilik dengan hati yang resah. Apabila saya masuk ke dalam bilik, awak suruh saya berwudhuk sebab awak nak kita sama2 mendirikan solat syukur. Saya akur dengan perintah awak. Malam tu saya solat berimamkan awak. Akhir sekali awak berpaling mengadap saya. Saya salam tangan awak dan cium tangan awak. Belum sempat saya bangun awak cium ubun2 saya. Saya terdiam tanpa suara. Saya perasan awak asyik perhatikan saya sewaktu saya membuka telekung saya. Saya faham maksud pandangan mata awak. Awak hampiri saya. Awak belai rambut saya. Mata awak tak berkelip memandang saya. Awak peluk pinggang saya. Tiba-tiba saya tepis tangan awak. Kemudian airmata saya mula gugur satu persatu. Saya mula luahkan segala yang terpendam dalam hati saya kat awak. Sesungguhnya, saya tak dapat terima awak dalam hidup saya sebab saya bencikan awak. Saya perlukan masa untuk redha dengan takdir yang menimpa saya. Lepas awak dengar penjelasan saya, awak pimpin saya ke katil. Awak selimutkan saya dan suruh saya tidur. Awak, saya sedar yang malaikat akan melaknat saya sehingga ke subuh kerana saya menafikan hak awak. Saya benar2 rasa bersalah, namun apabila memikirkan awak gunakan cara yang salah untuk memiliki saya perasaan bersalah saya hilang macam tu jer. Saya biarkan saja awak tidur kat atas sofa di malam pertama kita. Esoknya, awak kejutkan saya untuk solat subuh berjemaah. Selepas memberi salam, awak toleh belakang dan mula berbicara dengan saya. Saya ingat lagi kata2 awak. Awak cakap awak tak akan paksa saya dan awak nak saya jaga diri saya baik2 kerana saya sudah menjadi isteri awak. Awak juga suruh saya belajar rajin2 sebab saya masih ada dua tahun sebelum menamatkan pengajian saya. Sedangkan awak sudah berada di tahun akhir. Awak juga minta saya cuba menerima awak dan belajar menyayangi awak. Saya Cuma mengiyakan segala kata2 awak. Dalam hati saya, saya tak sabar2 untuk pulang ke kampus dan bebas dari awak. Saya yakin jarak universiti kita yang jauh akan memberi saya banyak ruang untuk berjauhan dengan awak.
ehsan mohd~
Monday, February 1, 2010
Monday, November 16, 2009
Wednesday, November 11, 2009
titipan lalu>>>
wahai pemilik waktu..
izinkanku titipkan cinta ini pada bayu angin yang lalu~
karena di penghujungnya..aku pasrah padaMu
- lil nur-
Sunday, November 8, 2009
...tis IMAN would not REST...

tiring now~
keep thinking on how cud i carry on
till now..searching for the solution
..but no resolution still...
some people said mujahadah wont let the will...just strive fot it!!
but some people might choose to look and see
some give a step back...some put the hope still...
and i....invoke for the right will...
for the sake of tis ukhwah, Islam & Emaan
show me the truth...
Lord of the heavens and of the earth and all between them
and Lord of every point at the rising of the sun! 37:5
~inni astakhiruka bi 'ilmika ya rabb~
Thursday, November 5, 2009
singkap arti IMAN~
Muslim adalah siapa yg memeluk islam (berserah diri)...kepada siapa kita beriman hari ini?
Apabila seseorang itu tidak mampu untuk berkata TIDAK kepada sesetengah kemahuan dirinya, ia menjadi bencana yang amat membinasa.
Renunglah firman Allah:
“Apakah engkau tidak melihat gelagat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipatuhinya, justeru dia disesatkan oleh Allah di atas ilmu, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”
[al-Jaathiyah 45: 23]
Bertuhankan tuhan yang palsu tidak perlu menyembah busut atau berhala.
Cukup dengan Allah berkata A dan nafsu mahukan B, lalu diutamakan nafsunya mengatasi perintah Allah, maka manusia ini telah mengangkat nafsunya sebagai tuhan! Siapakah golongan itu? Iaitulah golongan yang tidak mampu berkata TIDAK kepada kecenderungan dan permintaan hawa nafsunya sendiri.
Tidak mampu mengawal diri.
Dia menjadi hamba, kepada kepentingan dirinya sendiri, semata-mata. dia lupa perintah Allah padanya...tegar berdiri mendekatkan pada batilnya dunia....sisihkan perintah tuhan..beraninya dia...
Manusia sebegini, biar pun ilmunya banyak, ilmu itu menjadi lumpuh kerana segala-galanya bukan lagi atas keputusan ilmu tetapi di atas keputusan kemahuan diri yang tidak terkawal itu.
Profesor....
Ustaz..
Ahli pemikir
Dokter
Engineer...
Siapakah anda...?
+petikan dari artikel Abu Saif sekadar renungan bersama...
"Orang yang beriman melihat dosa mereka seperti mereka berdiri di tebing bukit. Mereka seolah-olah takut bukit akan runtuh diatas mereka...dan orang yang tidak beriman melihat dosa seperti lalat yang terbang atas hidung..."

Monday, November 2, 2009
Sunday, November 1, 2009
Subahanallah.:terbukti cara umat Islam menyembelih betul:.
Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.
Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.
Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.
Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.
Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?
Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.
Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.” (Tafsir al-Rahman, Jakim).
Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan.
Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman.
Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.
Kajian itu bertajuk, “Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing”, menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.
Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.
Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.
Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).
Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.
Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.
Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.
Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.
Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.
Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.
Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.
Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.
Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.
Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.
Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.
Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.
Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.
Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.
Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.
Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.
Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.
Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.
Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.
Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.
Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.
Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.
“Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,” kata Aisha dalam kajiannya.
Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan."

Wednesday, October 28, 2009
Our wish or His wish??!

This is what my Syeikh; Syeikh Yusuf Hasani has advised us. What he said is what Ibn ‘Athaillah repeatedly said in his prestigious masterpiece “Hikam Ibn ‘Athaillah”.
Ask what Allah want for us not what we want because we may want something good but that might mingled with carnal and personal desires (nafs) and that nafs may lead us to despairs. We didn’t know what will happen with us in the futures so ask what Allah want for us not what we want. Because Allah knows what is the best for us! Put aside what we want and ask Allah for the thing that will make Allah please for us whether we like or dislike so that when we put our personal desires and want only Allah’s pleasure and love only that we can feel contend.
Tuesday, October 27, 2009
Rasulullah SAW dan Pengemis Buta:.
Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya".
Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah saw mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah saw menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.
Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r. a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abu Bakar r. a. "Setiap pagi Rasulullah saw selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar r. a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r. a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r. a mulai menyuapinya, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?". Abu Bakar r. a menjawab, "Aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu.Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan kepada pada aku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r. a tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah saw. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r. a ia pun menangis dan kemudian berkata,"Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikit pun, malah ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " dan pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar r.a.

Inna sholati wanusuki wamahyayati lillahirabbil 'alamin
IQAMAH dialunkan melalui pembesar suara. Saya lekas mengatur langkah menuju ke masjid. Apabila tiba, saya lihat jemaah sudah penuh dua saf. Saya berdiri di saf ketiga. Di kiri dan kanan sudah ada dua tiga orang lagi yang baru sampai dan sama-sama membentuk saf. Saya rapat-rapatkan tumit dan bahu, betulkan saf sungguh-sungguh. Meyakini bahawa saf bukan pada lurusnya sahaja, tapi juga pada rapat dan akrabnya tubuh. Apa yang mengecewakan saya, jemaah masjid walau di mana-mana tidak suka merapatkan tubuh dan bahu bila berdiri dalam saf. Maka saf pun jadi bengkang-bengkok macam ular kena palu dan pada hari ini, seperti hari-hari sebelumnya, saya masih kecewa. Apabila saya rapatkan tubuh kepada makmum di sebelah kanan, dia menjauh sedikit dan jangan diharap pada makmum di sebelah kiri yang memang tidak mahu akrab sejak tadi. Saya kira, jika jemaah saf pertama dan kedua membetulkan saf sungguh-sungguh, merapatkan bahu dan tubuh, sudah tentu tidak akan wujud saf yang ketiga ini.
Aduhai! Saya ingin mengangkat takbir, tetapi terhenti apabila tersentak dengan makmum di sebelah kanan yang angkat takbir berulang-ulang dan tersekat-sekat pula. “Allahhhh… Allahhhhhuuu… Akbar!!” Sekali lagi. “Allahhhh… Allahhhhhuuu… Akbar!” Masih tak menjadi. “Allahhhh… Allahhhhhuuu… Akbar!” Saya jadi hangat. Lekas saya sabarkan hati kerana solat baru sahaja bermula. Namun, Allah mahu menguji sungguh-sungguh kesabaran saya apabila solat telah bermula dan dia membaca al-Fatihah dengan suara yang kuat. Malah siap berlagu pula dengan kepala tergeleng-geleng. Yang paling menjuakkan tidak puas hati, dia masih begitu, mengulang-ulang ayat beberapa kali. Saya seperti ingin berkata kepadanya waktu itu juga; was-was itu datangnya daripada syaitan! Semasa solat saya cuba hadirkan hati buat menggapai khusyuk. Tetapi acap kali konsentrasi saya terganggu oleh makmum di sebelah kanan.
Seusai memberi salam dan berzikir, saya bingkas dan menunaikan solat sunat selepas maghrib disusuli solat sunat hajat. Apabila selesai, saya bingkas dan ingin mencapai mashaf, tetapi benak pantas teringatkan pesanan Imam al-Ghazali tentang salah satu daripada hak solat berjemaah. Pesanan itu beragaman dan mengapung di benak. Saya membatalkan hasrat mengambil mashaf. Lantas tercari-cari makmum di sebelah kanan saya tadi. Dia kelihatan sedang duduk bersila di saf yang ketiga, menghadap mihrab. Saya menghampiri dan duduk di sebelahnya. Saya lihat wajahnya dari sisi, maka tahulah saya yang umurnya sudah renta. Saya rasa tak sedap hati. Bagaimana saya ingin menunaikan tanggungjawab dan hak ini? Saya tahu, saya perlu menunaikan hak untuk menegur dan memperingatkan jika melihat orang lain yang kurang betul atau melakukan kesalahan dalam solatnya.
Berilah pengajaran dan pengetahuan. Imam al-Ghazali seperti berbisik rapat di telinga saya. Aduh, apakah tindakan saya ingin menegur sekarang ini, dalam waktu ini juga, adalah tindakan yang wajar? Apatah pula saya baru berpindah dua hari di kawasan ini dan mahu pula menegur seorang yang sudah agak renta, mungkin juga sudah bermastautin lama di sini. Apakah ini adalah tindakan yang waras? Apakah saya akan dituduh memandai-mandai dan tunjuk lagak? Pesanan Imam al-Ghazali mengapung lagi. Bergema dalam hati. Saya membulatkan nekad. Saya perlu mencegah. Saya tidak mahu bersubahat dan sama-sama menanggung dosa. Orang tua itu kelihatan sedang khusyuk berdoa. Saya menunggu beberapa detik.
Setelah melihat dia meraup kedua tangannya ke muka, saya memberi salam dengan nada yang paling lembut. Dia memandang saya dengan kening berkerut seraya menjawab salam. Saya tersenyum kepadanya seraya bertanya, “Pakcik apa khabar?” Dia masih kerut kening dengan wajah diserkup pelik. “Alhamdulillah.” Suaranya mendatar. Saya tahu, waktu ini saya perlu berhati-hati mengeluarkan kata-kata. Saya perlu membeli kepercayaannya dahulu. Saya lantas memperkenalkan diri dan latar belakang, kemudian menghulurkan tangan. Kami berjabat. Dia saya kenali sebagai pakcik Muhsin. Setelah berbual dengannya beberapa minit, maka betullah telahan saya yang dia sudah lama tinggal di kawasan ini. Malah, rumahnya juga karib dengan masjid. Waktu ini, saya sudah mula merasakan keakraban, justeru saya kira kami sudah bersedia melanjutkan perbualan kepada mauduk utama.
“Apa pendapat pakcik tentang saf jemaah di masjid ini?” Senyuman masih tekal di bibir saya. “Bagus.” Dia mengangguk kepala sedikit. Saya tersenyum lagi. Kemudian memandang mihrab. Sebetulnya ingin memancing respons. “Kenapa?” Suaranya kedengaran serak-serak. “Saya kira kurang baik, pakcik. Walaupun baru dua hari di sini, saya lihat saf di sini masih bengkang-bengkok. Jemaah juga tidak mahu merapatkan bahu bila berdiri bersama.” Saya kembali memandangnya dengan senyuman. Saya tahu, senyuman ada kuasa memikat, selain pahala bersedekah. “Itu tak jadi masalah.” Dia bersuara acuh tak acuh. Saya terkedu sedikit. Senyuman saya mati. Di situ, keegoannya sudah mula terserlah. Saya memujuk hati dan membacakan sebuah hadis riwayat Muslim tentang saf, “Luruskan barisanmu, jangan bengkang-bengkok; kerana barisan yang bengkok nescaya akan menyebabkan hatimu berpecah belah.”
“Saf ni asas solat berjemaah pakcik, kesempurnaan solat berjemaah. Kalau kita sambil lewa, matlamat untuk mengakrabkan silaturrahim sesama Muslim itu tak akan tercapai. Hati kita akan bengkang-bengkok seperti saf itu. Penuh hasad, iri, takbur dan macam-macam lagi.” Saya bersuara lembut dan moga-moga akan menusuk ke kalbunya. “Lagi?” Nada suaranya ditinggikan. Ya, kini saya sudah mula merasakan suatu gejolak. “Cara solat pakcik. Saya nasihatkan sebelum solat, pakcik bacalah surah an-Nas dan berta’awuzlah, mohon perlindungan daripada syaitan yang direjam. Was-was itu datangnya daripada syaitan dan kejahilan.” Saya mengukir senyuman semanis madu.
Orang tua itu tiba-tiba mendengus. “Apa? Aku jahil?”
Matanya terbeliak memandang saya. Saya terkesiap. Sungguh, saya benar-benar tidak menjangka akan menerima reaksi sedemikian. Saya menarik nafas dalam-dalam. Pandangannya tidak saya balas dan kembali terlempar ke arah mihrab. Saya perlu mewujudkan jeda. “Aku cuba untuk khusyuk.” Pakcik Muhsin tiba-tiba berkata perlahan setelah berlalu beberapa detik. Saya gesit memandangnya. Dia pula lekas mengalih pandang ke arah mihrab. Tidak mahu bertentang mata. Hati saya dijentik kagum. Rasa kasihan juga bercampur baur. Ya, sekarang inilah waktu yang paling sesuai untuk saya menyampaikan dan memberikan pedoman.
“Izinkan saya memberikan formulanya, pakcik.” Saya memandang sisi wajahnya. Dia langsung tidak memandang saya. Geleng pun tidak, angguk pun tidak. “Pakcik perlu hadirkan hati.” Saya perasan kening pakcik Muhsin yang berkerut. “Maksudnya, hati itu mesti dikosongkan daripada segala sesuatu yang tidak ada sangkut paut dengan solat. Yang ada hanya Tuhan yang ingin kita sembah.” Dia kelihatan mengangguk sedikit. Riaknya itu sudah cukup sebagai pendorong semangat saya berbicara. Saya senyum, kemudian membacakan firman Allah dalam surah Taha ayat 14, “dan dirikanlah solat untuk mengingati Daku.” Kemudian saya iringkan dengan surah al-A’raf ayat 205, “Dan janganlah engkau menjadi orang-orang yang lalai.”
“Kelekaan dan kelalaian itu adalah lawan kepada mengingati. Jika lalai dalam solat, bagaimanakah ingin dikatakan seseorang itu ingat kepada Allah? Solat bukan pada zahir sahaja, tapi juga pada batinnya.” Saya bacakan pula ayat 43 daripada Surah an-Nisa’, “hingga kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan.”
“Walaupun ayat ini adalah sebagai dalil melarang orang-orang yang sedang mabuk mendirikan solat sebelum pengharaman arak secara mutlak, tetapi ayat ini juga boleh digunakan sebagai larangan bagi orang-orang yang leka, lalai dan orang-orang yang dihinggapi penyakit was-was.”
Masjid itu tiba-tiba berdengung dengan bunyi motosikal. Saya berhenti seketika. Budak-budak rempit ini memang tidak pernah kenal ketololan mereka. Setelah bunyi itu reda, pakcik Muhsin memandang tunak wajah saya, saya tersenyum sepicing dan kembali menyambung. “Pakcik lihat sekarang, ramai orang yang mengerjakan solat atau mengaku menunaikan solat, tapi aurat terbuka sana, terbuka sini, senang kata, maksiat atau dosa tetap mereka lakukan. Sedangkan kita maklum, solat itu mencegah perkara yang keji dan mungkar. Berdasarkan sebuah hadis riwayat Tabrani, “Barang siapa yang solatnya tidak dapat mencegah dirinya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tidaklah ditambah oleh Allah melainkan jauh, yakni jauh dari kebenaran.” Bermakna, kalimah-kalimah dalam solat hanya meniti di bibir sahaja, tidak mengalir ke dalam hati. Atau mereka gagal menghadirkan hati.” Saya menerangkan bersungguh-sungguh.
“Orang yang gagal menghadirkan hati ni seperti orang yang mengigau, pakcik.” Saya sengaja tidak memandang kepada pakcik Muhsin. Pandangan saya jatuh ke arah mihrab yang terbentang sejadah imam itu, tapi minda dan hati jauh berkelintar. “Mengigau?” Pakcik Muhsin yang baru saya kenali itu menyoal. Daripada bunyi nadanya saya tahu dia sedang kepelikan. Pesanan Imam al-Ghazali beragaman dalam benak saya. “Ya pakcik. Orang yang lalai ini seperti orang yang mengigau dalam tidur. Apakah orang yang berkata-kata dalam tidur dikira sebagai ucapannya sendiri atau igauan semata-mata? Adakah kata-kata ‘pakcik sudah pergi ke London’ semasa dalam tidur, orang akan percaya dan terima?” Pada perkataan London itu saya menyebutnya menggunakan ejaan Melayu seraya terkerisin.
Saya membetulkan sila.
Pakcik Muhsin menunggu dengan mata terkejip-kejip. “Jadi, solat kita semasa lalai, segala ayat-ayat dalam solat kita lafazkan sedangkan hati kita alpa, tidak jaga dan tidak hadirkan hati, adalah seperti orang yang mengigau, tidak tahu apa yang diucapkan, tidak sedar dan apakah solat kita akan diterima Tuhan?”
Saya kembali memandangnya. Namun, saya sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Pakcik Muhsin bangun tiba-tiba dan memandang saya sepicing sebelum berlalu ke arah mihrab. Ada tiga orang jemaah di saf yang pertama menghadap mihrab, yang saya rasakan orang-orang kuat masjid. Hati saya diterpa bermacam rasa. Walang, bimbang dan gentar bercampur baur. Saya menghela nafas dan lekas beristighfar. Meyakinkan hati, bahawa kemenangan itu adalah untuk orang-orang yang benar. Saya teringat firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 165, “Maka tatkala mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik.”
Hati saya hanya mampu mendoakan agar pakcik Muhsin tidak termasuk di kalangan golongan yang disebut Allah dalam ayat ini. Golongan yang tidak menghiraukan, tidak mempedulikan apabila datang peringatan kepada mereka. Saya melihat jam, waktu masih awal. Masih ada masa lebih kurang tiga puluh minit sebelum masuk fardu Isyak. Saya lekas bingkas dan mengambil mashaf, kemudian beriktikaf semula di tempat yang sama. Namun, belum pun sempat saya membuka mashaf, ada orang memegang tangan saya. Saya terkedu apabila melihat pakcik Muhsin berada di sisi saya dan meminta saya bangun.
“Bangunlah. Pakcik sudah cadangkan pada imam dan jawatankuasa untuk membenarkan anak memberikan tazkirah. Mereka setuju.” Saya bingkas dan menurutinya dalam pinga. “Adalah tidak adil jika anak menyampaikan ilmu untuk pakcik seorang saja. Apa yang ingin anak sampaikan penting dan perlu juga disampaikan kepada jemaah.” Dia mengukir senyum. Senyuman yang julung-julung kalinya tentu! Serentak itu saya terdengar suara imam meminta semua jemaah menumpukan perhatian di hadapan. Saya terkesima. Subhanallah! Hati saya diterpa kagum tak henti-henti. Zikir dalam hati bertemali. Saya melangkah dan duduk di mihrab.
Sebelum memulakan kuliah, saya memandang pakcik Muhsin yang duduk karib di sebelah kanan, kemudian ke arah jemaah di sekitar masjid. Jiwa saya ketika itu beragaman dengan diksi - ayuh, kita hadirkan hati =)!

Saturday, October 24, 2009
Kita dengar pula apa kata dokter =)~

Setelah membaca semua post, saya terpanggil untuk memberi respon. Saya adalah seorang pelajar perubatan tahun 4. InsyaAllah akan bergelar doktor kurang dari 2 tahun lagi.
Ini realiti:
1. Kadar perceraian dalam profession perubatan adalah antara yang tertinggi dalam mana-mana bidang professional. I don't have figures to quote but this is sumthing that all of us in the medical profession are aware of. Think twice and do the maths 1st!
2. Doktor pun manusia juga. Kami ada hati-budi dan penilaian kami sendiri. Saya bersetuju dengan pendapat jr. caliph -> Jika anda mahu berkahwin dengan kami kerana gelaran "doktor", di mana letaknya keikhlasan kamu?
Apa yang kamu kejar? Gelaran, pangkat, status atau kemewahan hidup?
3. Kami doktor akan mengangkat sumpah Hippocrates (yang dah modified) sebelum ditauliahkan sebagai doktor. Kamu semua tahu apa maknanya sumpah ini? It means God comes 1st and our patient's lives comes 2nd. You as a wife comes 3rd unless you fall sick and become our patient. Go check out the Hippocrates Oath if u don't believe me. At least this is what I understand from it.
4.Secara jujurnya saya sebagai bakal doktor pun merasa insecure kerana kami sedar yang saham kami agak tinggi seperti yang telah diwar-warkan dalam beberapa post yang lepas. Saya cuma berharap tiada antara forumers muslimah sekalian yang sanggup menghalalkan cara demi matlamat. i.e tidak begitu tergila-gilakan doktor yang hensem sebagai bakal suami sehingga sanggup membuat apa sahaja asalkan dapat. I've heard some very uneasy stories regarding this and it makes me feel absolutely very uneasy. Dan cerita-cerita yang saya dapat ini juga ada juga dari kalangan mereka yang terlibat dengan dakwah dan menerima tarbiyyah Islam yang agak kuat. Tak caya boleh tanya Abu Saif @ Ustaz Hasrizal. I m sure he has a lot more stories but I doubt he would ever tell u. Saya sendiri pun tak nak bukak aib orang.
5. Saya yang baru dalam tahun 4 ni pun mungkin akan beraya di emergency unit pada tahun ni. Sanggup ke saudari-saudari semua beraya bersama bakal-bakal suami yang baru HO ngan MO dekat wad ditemani orang sakit? Ke nanti bile dah kahwin nak tinggal je suami-suami anda kat wad pastu balik kampung sorang-sorang?
6. Di Malaysia waiting list untuk MO nak masuk specialist training i.e jadi registrar sangat panjang. Tambahan pulak makin ramai doktor sekarang ni. Ini baru nak masuk training bukannye jadi specialist lagi. Masa MO agak sibuk dan akan bertambah sibuk apabila dah jadi registrar. Kene study, buat research dan bekerja dalam satu masa yang serentak. Boleh ke u all as wives cope?
Saya bukan nak menuduh atau menuding jari pada sesiapa tapi ini ialah realiti. Harap sesiapa yang bercita-cita dengan title post ini akan berfikir kembali dan menilai semula niat anda dengan luhur. Kalau gelaran, pangkat dan kemewahan yang dikejar.......lebih baik tak yah. Walhal ada kes yang berkahwin semata-mata kerana da'wah dan iman di kalangan doktor pun kecundang. Apatah lagi kalau ia semata-mata hanya kerana gelaran?
By the way... I m not married and as such my experience in this whole thing is quite limited. So take this with a grain of salt but do think about it.
+ sekadar renungan bersama..pendapat seorang ikhwah jurusan perubatan..hurm...
Adakah saya memilih untuk bersuamikan doktor? Tidak tahu...huhu...
BismillahiMashaALLAH
Bersuamikan doctor kah saya?!
Adakah saya memilih untuk bersuamikan doktor?
Pesan Syeikh Yusuf Hasani, Syeikh seorang ikhwah di Mesir..
“Berkehendakkan sesuatu itu banyak diseliputi nafsu. Samada perkara baik atau buruk. Nafsu itu sangat halus muslihatnya. Jika kita berkehendakkan sesuatu untuk kita dengan alasan apapun samada baik atau tidak dan berkehendakkan ALLAH agar memakbulkannya ianya tidak salah namun ia tetap dari kehendak perasaan dan nafsu yang tersembunyi. Kerana kita mendahulukan kehendak kita dari pengetahuan ilmu ALLAH.”
Dalam ilmu ALLAH, DIA tahu apa yang terbaik buat kita. Dalam doa kita, kita mengkhususkan sesuatu kehendak. Jadi, doa kita tersembunyi kehendak dan tuntutan nafsu yang tersirat.
Ia tidak salah, namun adab hamba, dan ahwal ubudiyyah dan hati, perlu kita daki lagi fikirkan kembali…nilai semula.
Justeru, Syeikh berkata lagi. Janganlah kamu meminta si fulan atau si fulan, atau itu atau ini. Kelak jika ALLAH memberi, kamu akan menderita kerananya. Sebab ia berasal dari nafsu kamu.
Boleh rujuk kitab Hikam Ibn 'Athaillah As-Sakandari dan Bidayah Wan Nihayah oleh Imam Ghazali.
Namun doalah agar ALLAH memberi apa yang terbaik buatmu, apa yang ALLAH suka buatmu, apa yang ALLAH gembira buatmu, apa yang ALLAH hendakkan buatmu. Nescaya engkau akan gembira dan bahagia.
Menjadi isteri seorang doktor tidak semudah yang disangka. Ramai yang tidak boleh adapt. Mungkin kita sangka kita boleh, tapi hakikatnya selepas kahwin merana jiwa. Tanggungjawab besar. Pengorbanannya juga besar. Sebelum berkahwin, ramai bertanya. Bersediakah nak jadi isteri seorang doktor ni?
Perkahwinan idaman lebih dari sebuah idea yang terlalu idealistik.
Ia tidak semudah jika begitu, akan begini...
Ia lebih kepada komitmen kita sepenuhnya kepada ALLAH, dan pergantungan pada ALLAH dan harus dimulakan dengan penyerahan TOTALLY 100% pada ALLAH dari sejak menanam niat lagi. Kenapa, untuk ALLAH. Mengapa, kerana ALLAH. Dengan siapa? Siapa sahaja yang ditentukan ALLAH. Of course, perlu ada usaha. Usaha yang tulus pada menyiapkan diri. Pada usaha mencari jodoh tanpa terlalu memilih dan dengan cara yang syarie.
Kita mungkin menyangka pada ilmu kita, kita mampu atau kita akan berusaha which is tak salah. Cuma kita tidak tahu apa yang terbaik dan apakah yang terbaik itu berkahwin dengan doktor. Kita sendiri tidak tahu sesuatu perkara berdasarkan ilmu ALLAH dan apa kemampuan kita.
Apapun, jika niat itu baik namun doalah APA SAHAJA yang terbaik di sisi ALLAH. InshALLAH bahagia dan tenang selama-lamanya.
* pasni kita tak czite sal kawin lagi k..huhu...tuka tajuk nti...

Wednesday, October 21, 2009
Tuesday, October 20, 2009
Keberkatan Pernikahan
"Pernikahan itu sangat sensitif dan tergantung kepada peribadi masing-masing untuk mendapatkan kemuliaanNya."
('Aisyah Radhiyallahu 'anha)
Rasulullah bersabda,
“Seorang wanita yang penuh barakah (keberkatan) dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Namun sebaliknya wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya.”

Pernikahan adalah suatu hal yang suci. Sangat besar kemuliaannya dan sangat tinggi kedudukannya dalam Islam, sehingga Al-Qur’an menyebutnya sebagai mitsaqan-gahaliza (perjanjian yang sangat berat). Istilah ini tidak pernah dipakai dalam Al-Qur’an, kecuali hanya untuk tiga peristiwa. Satu perjanjian akad nikah. Dan dua lagi untuk perjanjian tauhid. Maka, pernikahan yang diredhai Allah akan dipenuhi dengan do’a malaikat yang menjadi saksi pernikahan.
Ketika akad nikah terjadi, halal apa-apa yang sebelumnya diharamkan. Apa yang sebelumnya merupakan maksiat dan bahkan dosa besar, sejak saat itu telah menjadi kemuliaan, kehormatan dan besar sekali pahala di sisi Allah. Pernikahan telah mengubah pintu-pintu dosa dan kekejian menjadi jalan kemuliaan dan kesempurnaan manusia dalam beragama. Allah menyempurnakan setengah agama ketika seseorang melakukan pernikahan.
Ada pernikahan yang penuh keberkatan. Ada pernikahan yang sedikit keberkatannya. Dan yang paling menakutkan, adalah pernikahan yang tidak akan pernah ada keberkatan didalamnya. Pernikahan yang bagaimana?
Rasulullah SAW menunjukkan,
“ Barangsiapa yang menikahkan (putrinya) kerana silau akan kekayaan laki-laki itu meskipun buruk agama dan akhlaknya, maka tidak pernah pernikahan itu akan dibarakahi-Nya”
Sebahagian pernikahan kurang berkat karena niatnya yang tidak tepat, sebahagian disebabkan oleh berbagai hal selama proses berlangsung (pertunangan). Sebahagian lagi dipengaruhi oleh perlaksaan pernikahan dan juga disebabkan akhlak setelah menikah. Tetapi perubahan akhlak setelah menikah, banyak disebabkan oleh niat orang yang menikah dan yang menikahkan (karena itu, ajaklah orang tua berbincang).
Pernikahan yang berkat insyaAllah dapat menjadikan akhlak keduanya (suami isteri) semakin baik. Bila sebelumnya masih kurang sesuai dengan keutamaan akhlak, insyaAllah setelah menikah mereka menjadi baik akhlaknya. Ini berdasarkan hadis Nabi:
“Kawinkanlah orang-orang yang masih sendirian di antara kamu, sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka, dan menambah keluhuran mereka.”
Sesungguhnya, kata Rasulullah SAW,
“termasuk dari keberuntungan perempuan adalah mudah lamarannya, ringan mas kawinnya dan subur rahimnya.”
(H.R. Ahmad)
Sabda Rasulullah SAW :
“Wanita yang paling agung keberkatannya, adalah yang paling ringan maharnya”
(H.R. Ahmad, Al-Hakim, Al-Baihagi dengan sanad yang shahih)
Pada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ath-Thabarani dari Anas, Rasulullah bersabda,
“Orang yang menikahi wanita kerana kedudukannya, Allah akan menambahinya kehinaan, yang menikahinya kerana kekayaannya, Allah hanya akan memberinya kefakiran, yang menikahinya kerana nama besar keturunannya, Allah justru akan menambahinya kerendahan. Namun, laki-laki yang menikahi wanita hanya kerana menjaga pandangan mata dan memelihara nafsunya atau untuk mempererat hubungan kasih sayang (silaturrahim), maka Allah akan membarakahi laki-laki itu dan memberi kebarakahannya yang sama pada wanita itu sepanjang ikatan pernikahannya”

Alangkah indahnya andai kita dapat mencapai keberkatan dan rahmat sebegitu…
sama-samalah kita realisasikan arti sebuah ikatan suci ini…insyaAllah suatu masa nanti..

Subscribe to:
Posts (Atom)